Dunia teknologi semakin berkembang pesat. Pada masa kini permainan komputer peribadi merupakan hiburan yang amat diminati dalam setiap golongan tanpa mengira usia. Permainan komputer agak berbeza jika dibandingkan dengan permainan yang dimainkan pada konsol permainan video atau mesin arked. Permainan komputer dapat dimainkan tanpa mengira tempat atau waktu manakala konsol permainan video hanya dapat dimainkan pada mesin konsol tersebut sahaja. Namun masih ramai yang tidak dapat membuka fikiran mereka untuk melihat faedah-faedah yang dapat diambil daripada permainan komputer.


Kanak-kanak, remaja, mahupun golongan dewasa yang banyak menghabiskan masa lapang mereka dengan permainan komputer di rumah secara tidak langsung dapat mengelak daripada terjebak dengan aktiviti gejala sosial atau jenayah yang berlaku di luar rumah. Selain itu, permainan komputer boleh dijadikan sebagai salah satu hiburan untuk menenangkan fikiran. Permainan yang menarik dan memiliki ciri-ciri yang dapat mencuit hati pengguna mampu menenangkan jiwa para pemain. Permainan komputer yang berciri-cirikan strategi mampu merangsang individu untuk merancang dengan lebih baik manakala permainan komputer yang berciri-cirikan teka-teki pula mampu merangsang pengguna dalam proses pengiraan. Hal ini secara tidak langsung dapat menggerakkan otak kanan dan kiri serta meningkatkan keupayaan berfikir. Permainan komputer dapat dibahagikan kepada dua iaitu permainan dalam talian dan permainan luar talian. Permainan dalam talian memerlukan rangkaian Internet manakala permainan luar talian dapat dimainkan seperti
biasa. Permainan dalam talian dapat menghubungkan antara satu pengguna dengan pengguna lain. Oleh itu, pengguna dapat menambah kenalan disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka melalui rangkaian ini. Permainan komputer juga dapat meningkatkan kadar celik teknologi. Mereka akan menggunakan komputer untuk memainkan permainan kesukaan mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan teknologi komputer.
Kesimpulannya permainan komputer banyak mendatangkan faedah kepada penggunanya. Antaranya dapat mengelak daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat di samping masa lapang, menangkan jiwa, meningkatkan keupayaan berfikir, menjalinkan hubungan antara pengguna dan meningkatkan kadar celik teknologi. Faedah-faedah ini tidak salah dimanfaatkan kepada pengguna yang secara tidak langsung dapat meningkatkan golongan celik kepada teknologi pada masa kini.
No comments:
Post a Comment